Navigation

Slide Show P&P

Users Online

· Guests Online: 1

· Members Online: 0

· Total Members: 544
· Newest Member: azizi

Latest Articles

Last Online Users

Abd Bashid H... 1 week
admin 1 week
Siti Sadrimah 4 weeks
muhammad yus... 6 weeks
PK Kokurikulum 7 weeks
PK Pentadbiran 8 weeks
Foong Han Yang 9 weeks
Mohd Zain10 weeks
Adilah18 weeks
Ganesan22 weeks
Show more

Pelawat Web SMKK

Web Visitors Country

Berita Utusan

Berita Utusan

Login

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.

Pengetua SMKK

Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari

Birthday Staff SMKK

Exam Countdown 2014

UPSR Hari

SPM Hari

STPM (S2) Hari

STPM (S2U) Hari

Aplikasi Online

Shoutbox

You must login to post a message.

13/10/2014 05:14
Selamat Menduduki Peperiksaan PT3 kepada calon PT3 2014. Cikgu do'akan anda semua berjaya dengan cemerlang.

29/08/2014 04:22
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Kepada guru-guru selamat bercuti Grin

29/08/2014 01:57
salam warga SMKK

28/08/2014 05:39
Selamat hari lahir cikgu Hairullah dan Pn Suraya Rosly

28/08/2014 05:37
Salam Kemerdekaan.. utk semua warga sekolah....disini lahirnya sebuah cinta

28/08/2014 05:36
tahniah kepada seluruh jawatankuasa kerja majlis Persaraan,Perpisah
an, dan Jamuan Raya 2014.Terbaikkk

28/08/2014 00:16
selamat menjalani latihan untuk Smart Team..tahniah cikgu Roslan Napiah...

10/08/2014 16:14
Selamat menghadapi ujian lisan BM & BI untuk pelajar T3 2014, semoga anda berjaya.

18/05/2014 17:48
SEMUA CIKGU SELAMAT HARI GURU

27/08/2013 09:22
selmat hari jadi cikgu hairullah Grin

Pidato Kemerdekaan Sempena Penutup Bulan Kemerdekaan SMKK

Pidato Kemerdekaan Sempena Penutup Bulan Kemerdekaan SMKK


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Tuan Pengetua dan Guru-guru yang dihormati serta para pelajar yang dikasihi


  1. Marilah kita bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah mengurniakan kepada kita sebuah negara yang aman, bebas dan makmur.


  2. Dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini, kita boleh ke sana ke mari dengan selamat; bebas mencari rezeki dan melaksanakan tugas seharian kita. Kita tidak perlu khuatir tentang ancaman di pertengahan jalan, tentang masjid dan surau yang dikepung dan dibom serta ledakan mortar dan senjata api seperti yang berlaku di sesetengah negara di dunia.


  3. Sesungguhnya semua nikmat yang kita kecapi hari ini tidak datang begitu sahaja. Ia tidak datang secara kebetulan seperti perbidalan ‘yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang’.


  4. Tentunya nikmat-nikmat ini diperolehi setelah adanya usaha yang bersungguh-sungguh dan semangat pengorbanan yang begitu tinggi oleh generasi yang terdahulu.


  5. Hakikatnya para pemimpin dan pejuang tanah air yang dahulu telah mewariskan kita sebuah negara yang merdeka. Sebuah negara yang bebas daripada belenggu penjajahan.


  6. Jadi apakah pula bentuk negara Malaysia yang bakal kita wariskan kepada anak cucu kita? Adakah sebuah negara yang kekal keadaannya seperti hari ini, atau jauh lebih maju atau lebih teruk daripada apa yang ada sekarang?


  7. Bagi membalas jasa mereka yang terdahulu, yang pengorbanan mereka tidak terhingga besarnya dan legasi mereka yang tidak sedikit kesannya, kita patut berterima kasih kepada mereka.


  8. Banyak cara yang boleh kita pamerkan sebagai tanda berterima kasih dan menghargai mereka yang berjasa. Antaranya ialah dengan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara ini. Melalui komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk berbakti kepada tanah air melalui bidang dn cara masing-masing.


  9. Rasa tanggungjawab ini boleh kita tunjukkan dengan memelihara keamanan dan kestabilan negara ini melalui pemupukan semangat persefahaman yang berterusan dan toleransi yang tinggi serta kerjasama antara kaum.


  10. Kita bertuah kerana yang diungkapkan oleh Allah di dalam al-Quran benar-benar wujud di sini. Allah berfirman, " Sesungguhnya Aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling mengenali antara satu sama lain.


  11. Di sini ada Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak serta suku kaum asli di Semenanjung. Sesungguhnya kewujudan masyarakat berbilang bangsa yang ada di negara ini adalah suatu takdir yang patut disyukuri, bukanlah alasan untuk kita mencari perbezaan dan masalah yang tidak berkesudahan.


  12. Sebaliknya masyarakat majmuk yang wujud di negara ini adalah peluang dan ruang untuk kita mencari kesamaan dan kesatuan antara kita. Perbezaan antara kita bukanlah penghalang, sebaliknya adalah khazanah yang tidak ternilai yang patut dikongsi bersama untuk membawa Malaysia ke arah kecemerlangan.


  13. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kaki kita berpijak di buminya yang kaya dan berdiri pula di bawah langitnya yang cerah. Di bumi waqafan ini kita dilahirkan, dibesarkan, bersekolah, bekerja, berumah tangga, mati dan dikuburkan. Tiada sebab kita membenci negara yang begitu berjasa kepada kita.Baik atau buruk inilah negara kita dan kita tidak ada kemampuan untuk lari daripadanya.


  14. Negara kita yang dikenali sebagai Tanah Melayu sebelumnya dan dipanggil oleh orang India sebagai Swarnabhumi atau Tanah Emas merupakan sebuah negara yang menjadi rebutan kuasa luar, khususnya kuasa Eropah.Kedudukan pelabuhannya yang strategik iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan utama antara Timur dan Barat serta terlindung daripada tiupan angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut meletakkan Tanah Melayu sebagai sasaran utama untuk diduduki.


  15. Selain itu, kekayaan hasil buminya terutama bijih timah dan hasil hutan serta kesuburan tanahnya telah mendorong kuasa-kuasa Barat berebut-rebut ke sini. Kuasa barat yang berpegang kepada matlamat 3G (God, Gold dan Glory) bersaing sesama mereka untuk menguasai tempat-tempat strategik di negara ini.


  16. Sejak dahulu negara kita telah ditakdirkan seperti gula. Di mana ada semut di situ ada gula. Begitulah halnya dengan Malaysia apabila dari dahulu lagi banyak negara dan ramai orang yang menaruh minat ke atas negara yang makmur ini.


  17. Sehingga sekarang keadaan ini masih berlaku apabila kita dapat saksikan bagaimana pendatang asing sama ada secara sah atau tidak sah daripada pelbagai negara datang dengan pelbagai tujuan ke negara ini. Jika negara kita tidak selamat dan makmur mana mungkin mereka akan datang ke sini.


  18. Jika orang luar melihat Malaysia sebagai tempat yang bertuah dan bakal memberikan keuntungan yang lumayan, tiada sebab mengapa pula sebahagian daripada rakyat kita sendiri memandang Malaysia dengan sinis dan sanggup pula memburukkan nama baik negara di luar.


  19. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

  20. Sekiranya kita mengambil kira pendudukan Portugis di Melaka pada tahun 1511, bererti negara kita telah dijajah selama 446 tahun.Ini merupakan suatu tempoh yang cukup lama berbanding usia kemerdekaan negara yang baru sahaja mencapai setengah abad lebih.


  21. Selepas Portugis, negara ini saling bertukar tangan. Negara ini pernah dikuasai oleh Belanda yang menggantikan tempat Portugis di Melaka pada tahun 1641, kemudian digantikan dengan British yang menduduki Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.


  22. Kemudian British menjalankan dasar campur tangan secara langsung bermula dengan negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor.Melalui dasar ini satu demi satu negeri-negeri Tanah Melayu jatuh ke tangan British.


  23. Sebelum British memerintah kesemua negeri di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak, British terlebih dahulu telah menjalankan dasar campur tangan secara tidak langsung di negara ini.


  24. Dalam tempoh campurtangan tidak langsung itu, British tidak menggunakan seluruh kekuatan negaranya untuk menduduki negeri-negeri yang dijadikan pengkalan perdagangannya. Memadai British menghantar sebuah dua kapal dan beberapa orang kuat Syarikat untuk menguasai negeri-negeri ini.


  25. Inilah yang berlaku apabila Pulau Pinang dan Singapura diduduki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Hasil penipuan halus Franchis Light dan Stamford Raffles yang berjaya memanipulasi ketidakcekapan Sultan dan pembesar Melayu Kedah dan Johor pada waktu itu, kedua-dua negeri yang terletak di Laluan Selat Melaka itu jatuh ke tangan SHTI.


  26. Begitulah halnya dengan Sabah yang berjaya dikuasai oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Borneo Utara British (SBUB).


  27. Sarawak pula dikuasai oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga orang yang berketurunan Brooke. Kerana ketidakcekapan pemerintahan Brunei pada waktu itu untuk mengendalikan jajahan takluknya yang begitu luas, sedikit demi sedikit kawasan di Sarawak diserahkan kepada keluarga itu.


  28. Disebabkan negeri ini gagal ditadbir dengan baik maka Tuhan telah menggantikannya dengan satu keluarga yang lain. Itulah keluarga Brooke yang terdiri daripada James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.


  29. Untuk menjadikan ketiga-tiga Brooke ini lebih berkuasa mereka mengangkat diri mereka sendiri sebagai Raja dengan memakai gelaran Rajah Putih. Maka terpahatlah dalam sejarah negara buat pertama kali sebahagian daripada negara kita diperintah oleh tiga Brooke.


  30. Tentunya keadaan negeri-negeri Tanah Melayu pada waktu itu begitu lemah sehingga hanya dengan kemampuan sebuah syarikat atau keluarga sebuah negeri sudah jatuh ke tangan kuasa lain.


  31. Ini membuktikan kepada kita bukan mudah untuk memerintah ketimbang berkata atau menulis tentangnya.Itulah sebabnya pemerintah atau pemimpin di dunia hari ini bukan diberikan kepada semua orang tetapi hanya kepada individu-individu tertentu yang tentunya menjadi individu pilihan.


  32. Ada orang yang ingin menjadi pemimpin tertinggi bagi negaranya dengan melakukan pelbagai cara, tetapi jika Tuhan tidak menetapkannya berada di situ tak ada sesiapa pun boleh mengambil alih kerja-Nya. Meskipun kita tidak boleh ambil alih kerja Tuhan, kita boleh buat kerja kita sendiri.


  33. Tuan-Tuan dan puan-puan,

  34. Setelah menghayati betapa berlikunya perjalanan sejarah negara sebelum mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, maka kita wajib memelihara kemerdekaan negara ini dengan berpegang teguh kepada semangat perlembagaan negara.


  35. Usaha memerdekaan tanah air bukanlah suatu perjuangan yang mudah. Banyak pengorbanan yang harus dibuat. Tetapi mengisi kemerdekaan dengan pelbagai agenda pembangunan demi kepentingan agama, bangsa dan negara ini tentu jauh lebih mencabar. Ia memerlukan pemimpin yang bijaksana yang berupaya memeta masa depan negara, melihat ke akar umbi masalah dan merangka perancangan dan strategik yang tepat.


  36. Itulah yang dilakukan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Meskipun ada nada sinis yang membandingkan kemerdekaan negara kita dengan Indonesia, namun kemerdekaan yang dicapai melalui perundingan itu telah meletakkan Malaysia pada tempat yang paling selamat dan paling dihormati sehingga kini.



  37. Kita khuatir jika sesebuah kerajaan dibentuk melalui kekerasan dan tumpah darah, tidak mustahil yang akan menggantikannya juga akan melakukan perkara yang sama. Tetapi keadaan ini tidak berlaku di Malaysia. Kita sanggup berunding berpuluh-puluh kali dan mengambil pendekatan penuh hikmah umpama menarik rambut daripada tepung, rambut tak putus dan tepung tak tumpah asalkan negara kita kekal aman dan rakyatnya hidup sejahtera.


  38. Usaha YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini disambung oleh YA Bhg Tun Abdul Razak. Zaman beliau adalah zaman pengisian. Bukan mudah untuk melakukan pengisian jika masih belum ada apa-apa yang hendak diisi. Tetapi berkat kebijaksanaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh PM yang kedua itu, yang merupakan ayahanda kepada PM sekarang, maka banyak pembangunan strategik dilakukan.


  39. Keutamaan Tun pada waktu itu ialah untuk membasmi kemiskinan, merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum dan mengeratkan perpaduan.Maka untuk itu dijelmakan sebuah dasar ekonomi jangka panjang yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru(DEB). Berpandukan dasar ekonomi nasional itu, banyak projek dibangunkan dan yang paling terkenal antaranya ialah FELDA.


  40. Dengan adanya FELDA ramai orang yang tidak ada tanah dan rumah diberikan tanah dan rumah. Kehidupan yang penuh kesempitan sebelum ini lama kelamaan bertukar kepada kesenangan dan kemewahan. Sekarang ini jika kita memasuki tanah-tanah rancangan FELDA kita akan melihat bagaimana berjayanya peneroka ini. Mereka sudah boleh mendiami rumah mewah ala-banglo dan memiliki kenderaan sendiri. Anak-anak mereka juga berjaya ke menara gading dan akhirnya memegang jawatan tinggi.


  41. Kejayaan ini bukannya kecil jika kita bandingkan dengan keadaan sebelumnya. Maka wajarlah gelaran Bapa Pembangunan diberikan kepada Tun Abdul Razak bin Hussein.


  42. Usaha Perdana Menteri kedua itu disambung oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn. Sebagai pencinta keamanan dan perpaduan beliau tidak mahu negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan dan baru sahaja hendak membangunkan dirosakkan oleh perasaan buruk sangka dan perbalahan sesama kita. Beliau seolah-olah sudah dapat menjangka jika persoalan perpaduan tidak diberi perhatian, lambat laun Malaysia akan terperangkap dalam kesulitan.


  43. Malaysia memang aman dan stabil. Malaysia tidak akan dibiarkan rosak oleh pemimpin dan rakyat yang bertanggungjawab.Tetapi di Malaysia juga telah tersedia bom jangka yang jika tersilap catur akan meledak pada bila-bila masa. Jika api perkauman mula disemarakkan dan sentimen perkauman menjadi bahan mainan bibir tanpa kawalan, Malaysia pada bila-bila masa akan terdedah kepada ketidakstabilan.


  44. Justeru PM ketiga ini memberi tumpuan kepada usaha-usaha penyatuan dan perpaduan. Agenda memperkukuhkan kesatuan dalam keplebagaian diberi keutamaan. Sebab itu dalam zaman beliau tidak banyak pembangunan kebendaan dibuat sebab beliau mahu memberi tumpuan kepada perpaduan. Akhirnya pada zaman beliau muncul suatu zaman yang cukup aman dan stabil. Tidak hairanlah orang ramai mengaitkan Tun Hussein Onn dengan Bapa Perpaduan.


  45. Era Tun Hussein Onn digantikan dengan era Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan perpaduan yang sudah sampai ke puncaknya hasil usaha PM sebelumnya, mudahlah PM yang keempat ini memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal.


  46. Dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri tidak kurang daripada 60 program besar dilaksanakan. Pada peringkat awal ramai pengkritik melihat ini sebagai pembaziran, namun selepas itu dan hingga ke hari ini mereka sangat berterima kasih kepada pemimpin yang berpandangan jauh ini. Mereka berkata, kalaulah tidak kerana Tun Dr Mahathir, Malaysia tidak akan jadi serupa ini dan tidak akan dikenali oleh dunia antarabangsa.


  47. Satu demi satu pembangunan dilaksanakan oleh beliau sejajar dengan gagasan Wawasan 2020 untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menurut acuan sendiri dalam peta dunia. Pembangunan dari yang sekecil-kecilnya seperti pemakaian tanda nama dan penggunaan kad perakam waktu bagi penjawat awam, sehinggalah kepada projek mega seperti lebuh raya, putera jaya dan cyber jaya.


  48. Bukan sahaja rakyat kagum dengan pencapaian Malaysia tetapi juga dunia. Dunia telah mula membuka matanya kepada Malaysia. Beliau diangkat sebagai Wira Malaysia dan Wira Negara Dunia Ketiga melalui pemikiran dan agenda beliau yang bersifat futuristik.


  49. Beliau nampak apa yang dilihatnya. Jika orang kebanyakan nampak masalah, beliau nampak peluang.Beliau memotivasikan rakyat Malaysia melalui gaya Kepemimpinan Transformasinya yang menonjol dan tegas.Slogan Malaysia Boleh berkemundang di mana-mana.


  50. Sesungguhnya legasi beliau boleh dilihat, disentuh, dirasai dan dihayati sehingga akan datang. Memandangkan kecekapannya mentadbir negara ini, pandangannya yang melampaui sempadan dan banyaknya pembangunan yang beliau laksanakan, maka layaklah beliau digelar Bapa Pemodenan.


  51. Disebabkan pembangunan sudah wujud di merata-merata ceruk di negara ini, maka Perdana Menteri seterusnya iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi melihat betapa pentingnya jika legasi pmimpin sebelumnya dikekalkan dan dipelihara agar tidak sirna tanpa kebijaksanaan, kepakaran dan sikap tanggungjawab mereka yang menerima dan menggunakannya.


  52. Maka Tun Abdullah memberi tumpuan kepada aspek pembangunan dalam diri manusia itu sendiri dengan usaha untuk membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama. Bagi beliau tidak memadai jika kita berjaya membangunkan kemudahan fizikal kelas pertama jika minda manusianya tidak mempunyai tahap yang serupa.Sebab itulah pada zaman beliau soal integiriti, ketelusan dan keadilan diberi penekanan.


  53. Kita dapati pada zamannya semangat demokrasi subur, di mana rakyat boleh bersuara dan memberi pandangan dengan lebih bebas dan meluas. Suara-suara yang lebih berani kedengaran bermunculan dalam era beliau.


  54. Kini era DS Mohd Najib Tun Abdul Razak pula. Beliau telah melalui beberapa zaman bermula zaman pembangunan oleh bapanya, zaman ketegasan dan kemajuan luar biasa oleh Tun Dr Mahathir dan era sentuhan kelembutan oleh Pak Lah. Beliau tidak membuang mereka, tidak juga memakai semuanya. Beliau dengan penuh hormat menerima mereka sebagai guru, bapa dan pemimpin yang berjasa.


  55. Beliau lebih bertuah kerana dapat mengadun semua pemikiran dan cara gaya pemerintahan yang diwarisi daripada bapanya dengan tiga pemimpin sebelum beliau. Maka dengan gaya yang tersendiri beliau mengemukakan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian DiUtamakan.



  56. Kita tidak dapat mengelak daripada menerima adanya perbezaan bangsa, agama, warna kulit dan bahasa. Namun kita tidak boleh mengelak yang kita berkongsi sebuah negara, iaitu Malaysia. Kita ibarat sebatang pokok yang sama-sama menegak dan menjulang. Tiada bahagian pokok yang lebih hebat daripada bahagian yang lain.


  57. Tanpa satu sahaja bahagian, tidak mungkin pokok itu dapat tumbuh subur menjulang awan. Sebatang pokok adalah analogi Satu Malaysia. Kita boleh berbeza dalam beberapa perkara, tetapi kita tidak boleh berpecah hanya disebabkan wujudnya perbezaan itu. Sesungguhnya kita tidak ada negara lain, inilah satu-satunya negara yang kita ada.Kita dalam 1Malaysia.


  58. Kita tak perlu bangunkan Amerika atau Jepun atau Indonesia yang lain di bumi tercinta ini. Cukuplah Malaysia yang sedia ada-satu dan tiada tolok bandingnya.Marilah kita Satu Malaysia sama-sama meliharanya.


  59. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sekian, wassalamu'alaikum wr wbt.



  60. Hakcipta Abd Bashid Harun, HEM SMK Kamunting

Comments

#1 | aishah sidik on September 28 2009 01:22:07
Tahniah! Satu hasil karya yang menarik dan harus direnungi bersama.
#2 | 7 on September 28 2009 16:33:23
Yes, saya turut setuju dengan aishah_sidik ianya satu hasil karya yang menarik dan akan lebih menarik jikalau tulisan tentang sejarah negara ini, the details ditambah lagi daripada buku2 or journals sejarah yang di luar "standard & common knowledge".

For instance, mungkin cikgu Basir tahu mungkin tidak bahawa disaat2 terakhir sebelum tewasnya Jepun in the 2nd. World War, Sukarno dan Hatta telah berbincang dengan pihak Jepun tentang menuntut kemerdekaan Indonesia di Vietnam. Dalam perjalanan pulang, mereka telah singgah di TAIPING untuk berbincang dan mengajak orang2 Malaya turut serta Indonesia berjuang menentut kemerdekaan tetapi hasil rundingan itu tidak berjaya.

Sebelum tahun 1946, bangsa "Melayu" sebenarnya tidak wujud. Yang ada "Melayu asal" dan "Melayu Mendatang" (people from Sumatra, Java, Sulawasi, Banjarmasin etc.) Waktu itu sama seperti keadaan di America yang mana we have 1st. Class citizenship and 2nd. Class. Datuk Onn Jaafar telah menyatukan suku2 kaum rumpun Melayu menjadi satu identiti baru..."Melayu".

Bercakap tentang mendapat kemerdekaan daripada British secara rundingan berbeza dengan cara Indonesia, sebenarnya memang benar British telah lama mengaut keuntungan hasil bumi (malah the major contributor to the wealth of Britain does not comes from India but Malaya) ini tetapi kemudiannya mereka mendapati kos perbelanjaan melawan Parti Komunis (Parti Politik yang pertama ditubuhkan secara sah, long before UMNO itself) amat tinggi dan before the British keep on spending more, mereka telah bersedia untuk memberi kemerdekaan. Menyerahkan kepada Malaya kos menentang pihak Komunis.

Sejarah (in what most of us only knows) mengatakan bahawa Pulau Pinang diserah kepada British oleh Kedah dalam satu perjanjian di mana British akan melindungi Kedah sekiranya diserang Siam. There is documented evidence yang sebenarnya British telah mengugut akan menyerang Kedah sekiranya Pulau Pinang tidak diserahkan. Sejarah juga tidak menceritakan bahawa British lebih memetingkan hubungan mereka dengan negara Siam daripada dengan kita and as a result of it, waktu menyukat semula sempadan, negeri2 Melayu di sebelah Selatan Siam telah diserahkan kepada kerajaan Siam. Bercakap tentang wilayah2 Selatan Siam, di dalam sejarah kita cuma Kerajaan Petani sahaja yang pernah menewaskan kerajaan Siam tetapi serangbalas dari Siam telah menyebabkan ramai orang2 Melayu Patani lari berpindah mostly ke "Unfederated Malay States".

Di daerah Larut lahirnya ahli corporate dan jutawan Melayu yang pertama. Kayanya Ngah Ibrahim hingga sampai mampu membeli sebuah "steam ship" dari England yang di beri nama "Sri Bayu". Beliau juga telah menawarkan kerja kepada Captain Speedy sebagai Ketua Pengawal dan ini satu kesilapan. Speedy berasa cemburu melihat kemewahan boss nya dan secara halus kemudian, merampas semua harta benda Ngah Ibrahim dengan alasan Ngah Ibrahim sponsor pemberontakan di Perak.

Konsep Satu Malaysia bukan suatu yang baru tetapi seingat saya pernah 2 kali dibuat. Pertama oleh Dato Onn Jaafar dalam prinsip Parti Negara nya and secondly oleh Lee Kwan Yew (masa itu Chief Minister of Singapore) dengan konsep "Malaysia for Malaysians".

Kita wajib belajar daripada sejarah supaya kesilapan2 yang lampau tidak berulang dan mainan tipu halus tidak berlaku lagi. Kita harus sedar kita sedang menghadapi cubaan serangan & penjajahan berbentuk "economic globalization" serta "Cyber Warfare".

There is more that I can tell you especially the current on-going events and covert agendas by the West.

Seandainya ada kesilapan apa2, saya dengan rendah diri meminta maaf.

Hakcipta/Copyright: Milik Semua

Post Comment

Please Login to Post a Comment.

Ratings

Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 0% [No Votes]
Very Good Very Good 75% [3 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 25% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Render time: 0.09 seconds
318,191 unique visits